Theme: Blue and Green Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
 
Last Update: 4 Aug 2020
Version 8.0.4b
Pemasangan Lampu Hias & Kibar Bendera Negeri Sarawak
Posted on : 20 Jul 2020  Source of News: MBM
 

Press Release

PEMASANGAN LAMPU HIAS DAN KIBAR BENDERA NEGERI SARAWAK SEMPENA SAMBUTAN HARI SARAWAK 22 JULAI 2020

Kerajaan Negeri telah menetapkan Hari Sarawak jatuh pada 22 Julai 2020 untuk diraikan setiap tahun sejak 2016 dan telah digazetkan sebagai cuti umum bagi memperingati tarikh Gabenor penjajah British yang terakhir, Sir Alexander Waddell melambangkan penyerahan pentadbiran Negeri Sarawak kepada rakyat tempatan pada tahun 1963. Sambutan Hari Sarawak 2020 bertemakan “Sarawak Cemerlang” boleh disaksikan secara virtual dan secara langsung pada 22 Julai 2020, jam 9.00 malam di TV3 Astro Awani, TV Sarawak dan boleh ditonton live di sosial  aplikasi Facebook UKAS dan Sarawak Event Channel.

Sebagai tanda meraikan sambutan Hari Sarawak pada 22 Julai 2020, Majlis Bandaraya Miri menyeru agar penduduk Miri dan pemilik premis bangunan kedai untuk memasang lampu hias dan mengibarkan bendera Sarawak di bangunan - bangunan atau kediaman masing - masing bagi menyinarkan lagi sambutan Hari Sarawak di bandar Miri. Pemasangan lampu hias serta pengibaran bendera bermula dari 17 Julai  hingga 23 Julai 2020.

MAJLIS BANDARAYA MIRI
17 JULAI 2020

|