Last Update: 22 Jan 2019
Version 8.0.4b
MBM lancar operasi bersepadu tangani gelandangan
Posted on : 10 Jan 2019  Source of News: Utusan Malaysia
 

MIRI 7 Jan. - Majlis Bandaraya Miri (MBM) menahan lima individu dalam operasi bersepadu yang dilancarkan bagi menangani masalah kehadiran gelandangan sekitar bandaraya, susulan aduan dari orang ramai sejak kebelakangan ini.

Adam Yii Siew Sang Adam Yii Siew Sang 

Datuk Bandar Miri Adam Yii Siew Sang berkata operasi hari ini membabitkan kerjasama kira-kira 40 petugas dari pelbagai agensi berkaitan seperti Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Kebajikan dan polis.

–– ADVERTISEMENT ––

"Tiga dari gelandangan ini ditahan oleh AADK di Taman Bunga Miri, manakala dua lagi di sekitar Flyover Pujut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Yii berkata ada antara gelandangan ini yang disyaki terbabit dengan penyalahgunaan dadah, dan pihaknya banyak menerima aduan orang ramai mengenai kehadiran mereka di dua tempat itu. - BERNAMA

|