Top Menu
Language Select
  English  | Malay
W3C Color Changer
Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Font Sizer
Background Changer
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Banner
Last Updated Date
Kemaskini Pada: 8 Sept 2014
Versi 6.0.5
Footer Menu
Best Viewed
Tempat - Tempat Menarik Cetak Tempat - Tempat Menarik

Taman Awam Miri

Terletak tidak jauh daripada tengah bandaraya Miri, taman yang mempunyai rekabentuk lanskap menarik ini sangat sesuai dijadikan tempat riadah bersama keluarga atau dijadikan tempat senaman ringan. Taman Awam Miri ini juga terdapat taman botanikal, menara peninjau, jambatan gantung, taman permainan kanak-kanak, astaka dan gerai makanan.

PictureSan Ching Tian Taoist Temple

Kuil Tao ini adalah merupakan antara yang terbesar di Asia Tenggara. Ia terletak di kawasan Krokop (lebih kurang 10 minit perjalan dari tengah bandar), Kuil Tian Tao Ching San telah dibuka pada tahun 2000 dan dijaga oleh imam Tao. Pelawat dialu-alukan untuk melawat tempat ini (sebagai tanda hormat, sila berpakaian yang sesuai).

 

 

 


 

PictureTua Pek Kong Chinese Temple

Merupakan ikon penting bagi sejarah awal Miri, ini adalah tokong yang tertua di Bandaraya Miri. Terletak di seksyen "Old Town" di bandar Miri (di persimpangan jalan China Street dan Jalan Bendahara), Tua Pek Kong Chinese Temple pada asalnya dibina pada tahun 1913 oleh pendatang Cina yang kemudian bekerja di industri minyak Miri yang baru ditubuhkan pada ketika itu. Pelawat dialu-alukan datang ke tempat ini (sebagai tanda hormat, sila berpakaian yang sesuai).


PictureMiri City Fan 

Tempat yang sempurna untuk berjalan-jalan, berehat atau sekadar duduk pada waktu petang di taman ini yang telah memenangi anugerah kebangsaan taman awam City Fan yang terletak di tengah-tengah Bandar Raya - taman yang kompleks dan berlanskap elegan, mempunyai taman-taman tema dan amfiteater terbuka. Disini anda juga boleh menyemak karya seni tempatan Sarawak di Perpustakaan Miri (Pustaka Miri) yang terletak di sebelah kanan.

 

 

PictureCanada Hill  

Pengangkutan adalah diperlukan untuk sampai ke sana, tetapi untuk sampai ke sini ia adalah sangat berbaloi. Bukit Kanada merupakan kawasan yang baik untuk memerhatikan keseluruhan Bandaraya Miri dan persisiran pantai dari pandangan atas. Anda juga boleh melihat telaga minyak yang pertama di Malaysia - "Grand Old Lady" - dan melawat Muzium Sains Petroleum yang betul-betul terletak di puncak bukit.




Luak Bay Esplanade

Hanya 15 minit dari pusat Bandar Raya, ini adalah tempat yang hebat untuk anda barbeku bersama keluarga, berkelah di tepi pantai dan bersiar-siar santai di sekitar pantai. Terdapat banyak ruang letak kereta dan gerai-gerai minuman sejuk biasanya disediakan. Anda juga boleh pergi ke Luak Bay Esplanade dengan menaiki bas.

Taman Selera 
Ini adalah merupakan taman rekreasi yang pertama di Bandaraya Miri dan ia masih sangat popular di kalangan penduduk tempatan. Kira-kira 10 minit dari pusat Bandar Raya, Taman Selera merangkumi dermaga yang berisi tanah yang meluas menuju ke laut untuk pandangan yang berbeza di sekitar pesisir pantai Miri untuk matahari terbenam. Kemudahan yang disediakan adalah termasuk taman permainan kanak-kanak dan beberapa gerai makanan yang menyediakan anda pelbagai makanan laut. (Kakitangan hotel anda pasti akan membantu anda sebagai penunjuk arah dan atau keperluan dari segi pengangkutan).

PictureTaman Negara Loagan Bunut

"Tasik mengecil" ‚Äčini diberi nama sebagai Loagan Bunut. Semasa musim kemarau (Februari hingga Jun), anda boleh berjalan memlalui lumpur kering di tasik ini yang juga merupakan tempat yang popular untuk melihat burung. Disini anda akan dapat melihat perubahan kegiatan kehidupan liar mengikut musim berlalu. Untuk menuju ke Taman Negara Loagan Bunut ini, biasanya mengambil masa kira-kira 3 jam dan sangat sesuai jika anda menggunakan kenderaan pacuan empat roda.

 


PictureTaman Negara Gunung Mulu

Jika anda bercadang untuk tinggal lebih lama di Miri, lebih elok sekiranya anda melawat tapak warisan dunia yang ssangat bernilai ini. Ia terkenal dengan kompleks gua yang mengagumkan, biodiversiti dan keindahan seluruh taman yang indah - yang juga termasuk puncak batu dan Skywalk Kanopi (terpanjang di dunia dan yang pertama menggunakan struktur berasaskan pokok). Taman Negara Gunung Mulu hanya memerlukan 25 minit penerbangan  dari Bandaraya Miri; penerbangan biasanya boleh didapati dari Lapangan Terbang Antarabangsa Miri. Panduan dan tempahan biasanya atur oleh pihak pengendali pelancongan.

Phak dan kakitangan hotel anda akan membantu anda untuk menghubungi pengendali pelancongan tempatan untuk membuat segala persiapan yang perlu untuk lawatan ke rumah panjang dan Taman Negara. Adalah disarankan supaya anda membawa kasut jalan yang selesa dan botol air yang mencukupi untuk melawati ke seluruh taman negara ini.


PictureTaman Negara Bukit Lambir

Jika anda berasa inginkan cabaran, adalah sesuai sekiranya anda ke sini dan berjalan di trek berjalan kaki dan serta mempunyai air terjun yang sejuk dalam salah satu hutan hujan di dunia yang biodiversiti. Hanya 30 minit pemanduan dari Pusat Bandar, Taman Negara Bukit Lambir. Disediakan tapak perkhemahan dan chalet sekiranya ingin bermalam (Bas Awam yang menuju ke Batu Niah dan Bintulu juga mudah di dapati yang melalui pintu depan Bukit Lambir).



PictureTaman Negara Niah

Merupakan tempat penting dalam sejarah tamadun manusia. Hanya 1 1/2 jam pemanduan dari bandar Miri, Taman Negara Niah merupakan salah satu tapak pra-sejarah yang paling penting di Asia Tenggara. Gua Niah mengandungi beberapa artifak purba dan lukisan batu yang dilukiskan pada dinding gua. Perjalanan bas berjadual ke taman ini juga ada disediakan.

Sekiranya anda juga ingin mengalami sendiri budaya unik asli Sarawak dan melihat kehidupan harian masyarakat asli tempatan, terdapat banyak rumah panjang berhampiran Bukit Lambir dan Niah yang anda boleh lawat.

 
|